Blog



BAGAIMANA NAK PANTAU EJEN/TEAM BUAT SALES.

1. Setiap hari Isnin minta mereka buat 1 post iklan.

2. Setiap hari Sabtu, minta screenshot berapa ramai yang nampak post iklan yang mereka hasilkan itu.

3. Jika ada 100 orang ejen, lihat post iklan siapa yang paling ramai orang nampak, post iklan siapa paling ramai respon dan siapa menghasilkan jualan paling tinggi.

Dari situ anda boleh pantau prestasi iklan setiap seorang ejen/dropship anda. Semuanya ada data. Barulah boleh ukur sejauh mana keberkesanan prestasi iklan dan ejen anda.M


Antara 3 perkara di bawah, yang mana anda nak sangat tahu?

1. Bagaimana buat personal branding + post engagement + kumpul database + tambah followers + tambah likers + awareness + bina kepercayaan + tingkatkan ‘organic reach’ + sales + viral dalam masa serentak dengan 1 posting.

2. Rahsia buat jualan 7 angka setahun dengan servis viral.

* Bagi yang tak tahu nak buat bisnes apa, bisnes servis (viral) adalah satu peluang perniagaan yang anda patut ceburi.

3. Strategi founder buat jualan minimum RM100,000 sebulan.

Berikan jawapan anda dengan format ini.

Saya nak tahu mengenai ______________ sebab _______________

Hantarkan ke m.me/CVcrewviral untuk jadi antara orang terawal yang tahu bila kami lancarkan nanti.

Terima kasih.


1. Buat contest semata-mana nak cari followers

2. Cari Like page terlebih dahulu

3. Guna servis viral tapi post iklan di FB personal


INI FORMULA VIRAL YANG KAMI GUNA.

Nak buat post iklan viral guna teknik ‘zero cost marketing’ tapi tak reti? CV hadiahkan senarai semak ini secara percuma untuk bantu anda buat post iklan yang menjana trafik tinggi.

Ada 5 elemen penting yang anda perlu ikut. Tak boleh kurang salah satu. Bila buat post iklan, semak ikut checklist yang kami berikan.

No 1, adakah anda dah buat? No 2, wajib ada. No, 3, 4 pastikan guna sebab akan dapat trafik lebih tinggi. Paling penting no 5. No 5 ni ‘nyawa’ posting iklan anda.

Biasanya, no 5 inilah penentu post iklan anda ada orang nampak atau tidak. Percayalah, no 5 ni ramai yang tak buat.

Apakah 5 perkara penting ini?

Download ebook Senarai Semak Viral Post Iklan di Facebook Guna Teknik ‘Zero Cost Marketing di link ini sekarang juga sebelum kami tutup pada bila-bila masa.

Semoga bermanfaat.


KENAPA PRODUK LAIN ADA RAMAI JE ORANG RESPON, PRODUK AKU TAKDE ORANG BELI?

Pernah tak tengok post iklan orang lain berduyun-duyun orang komen tapi post kita krik krik. Kita pun mulalah nak banding-bandingkan.

Benda ni penting. Sangat penting tapi ramai seller syok sendiri. Rasa produk terbagus di dunia.

Ini contoh post iklan salah seorang pelanggan CV minggu lepas. Ramai prospek respon di post beliau.

Ada juga pelanggan CV yang post iklan beliau sendu. Biasanya, mereka yang dapat sales ni akan memuji-muji berbanding yang tidak dapat jualan ni, akan mengatakan servis tak bagus dan sebagainya.

Padahal, KPI untuk marketing semuanya sama tetapi kenapa ada yang ada jualan dan kenapa ada yang tidak?

Faktor utama adalah demand produk. Kalau produk kau jual dulu femes, sekarang belum tentu. Sekarang dah ramai pesaing.

Kalau produk kau jual, bersepah jenama lain ada di pasaran, kenapa orang kena beli produk kau?

Ibaratnya begitulah.

Tugas marketing team adalah buat orang nampak tetapi mesej produk, tawaran, keperluan semuanya bergantung kepada seller itu sendiri.

Pernah validate produk? Ada demand atau tidak?

Sedikit tips dari CV berkenaan produk yang laku keras.

1. Produk berkaitan kenderaan

2. Produk berkaitan masalah dalaman lelaki/wanita

3. Produk keperluan rumah (ada sesetengah barang)

4. Produk rare yang jarang dijual

Ini berdasarkan pengalaman kami.

Pilih produk yang betul.
Pilih produk yang ada demand.
Produk yang kita suka belum tentu ada demand dan mudah dijual.

Untuk tahun 2019, kami juga akan lebih selektif dalam memilih produk pelanggan untuk guna tim pemasaran CV.


JUAL MURAH BELUM TENTU ORANG BELI !

CV ada buat ‘post mortem’ iklan. Ramai yang PM dan ini salah satu kisah yang CV jumpa.

Bila CV lihat, post iklan beliau tiada masalah dan dapat banyak respon seperti dalam gambar di atas.

CV bertanya apa masalah beliau. Katanya, susah nak close sales. Bila bagi harga, senyap. CV ada beri beberapa cadangan kepada beliau.

Sekarang, CV bukan nak ulas kenapa bila beri harga, prospek senyap.

Bayangkan, post yang sebegini banyak respon pun belum tentu kita boleh close sales.

Jualan ni terjadi atas banyak faktor. Bukan sebab harga murah semata-mata. Jadi penjual paling murah di dunia sekalipun belum tentu orang beli. CV pernah kongsikan 5 sebab, boleh rujuk di page atau group FB Kuasai Teknik Viral Post Iklan.

Ada juga seorang pelanggan CV, beliau menjual produk kecantikan dan kesihatan untuk wanita. Di bahagian komen post, tidak ramai yang komen tetapi di inbox, bertalu-talu orang PM.

Mungkin sebab produk itu agak sensitif dan prospek malu nak mesej secara terbuka. CV tahu sebab CV editor kepada page tersebut.

Kesimpulannya adalah, bila melibatkan jualan ia dipengaruhi pelbagai faktor. Adakah produk itu barang keperluan? Adakah produk itu anda sudah ‘validate’ dan ada demand? Adakah kempen yang anda lakukan pada masa sesuai? Banyak faktor.

Jadi, jika anda bersandarkan kepada sesuatu perkara contohnya kepada marketing team untuk dapatkan jualan, ia adalah satu kesilapan.

Sebelum anda mahu guna marketing team untuk pemasaran, buat beberapa perkara ini terlebih dahulu.

1. Validasi produk
2. Kaji pesaing
3. Mesej produk
4. Target sasaran pelanggan yang jelas.
5. Objektif kempen yang jelas.


Siapa sertai Millionaire Marketing Mastery di MIECC?

Mesti berasap kepala kan. Fuhhh, samalah dengan CV.

Buat pemasaran bukanlah semudah yang disangkakan. Bukan promo, terus orang beli. Orang nampak, belum tentu orang beli. Malah, beribu-ribu orang komen di post iklan kita pun belum tentu menjanjikan jualan yang banyak.

Ini ‘case study’ terbaru hasil ‘postmortem’ iklan salah seorang followers CV baru-baru ni. Nanti CV kongsikan.

Esok, CV nak kongsikan ebook terbaru kami CARA NAK TAHU LUBUK PROSPEK DI FACEBOOKUNTUK ‘ZERO COST MARKETING’. Sesuai bagi mereka yang tiada modal atau nak kurangkan kos pengiklanan.

Nantikan esok. Sementara itu, izinkan CV nak beristirehat dahulu. Selamat malam.


Post yang tiada ‘engagement’ tersangatlah rugi.

1. Tidak dapat ukur sejauh mana potensi post iklan.

2. Tidak ramai yang nampak post iklan.

3. Tidak ada data untuk menambahbaik post iklan.

Post ‘engagement’ ibarat nadi bagi sesuatu posting. Kenapa? Baca di sini.



Siapa pernah memasang angan-angan dan impian untuk capai jualan RM1 juta yang pertama?Bilangan angka yang agak banyak,…

Posted by Crew Viral on Monday, 15 October 2018

Siapa pernah memasang angan-angan dan impian untuk capai jualan RM1 juta yang pertama?

RM1 juta dalam tempoh 10 bulan bukanlah mustahil. CV doakan yang belum dapat RM1 juta pertama akan capai pada tahun 2019.

Tinggal beberapa hari saja lagi. Sementara tu bolehlah baca post ini dan rancang strategi masing-masing.

Salam Jumaat.


“Macam mana nak buat ramai orang Like page kita?”

1. Berapa ramai yang dah nampak page atau post salam page anda? 10 orang? 100 orang? 100,000 ribu orang?

2. Dari berapa ramai yang nampak, berapa peratus yang Like page?

Selalu orang tanya CV, ada servis tambah Like page tak?

Jawapan, tiada.

Biasa CV akan tanya semula.

Nak orang yang Like page tu, prospek atau bukan?

Nak Like page banyak-banyak sebab nak buat Likers page tu nampak apa yang anda posting ke?

Biasanya, jawapan nak yang Like page tu prospek dan juga nak yang Like page tu nampak.

Ada juga yang kata, “Saya nak cari Like page banyak-banyak dulu, baru senang nak menjual.”

Siapa kata?

Cuba masuk page masing-masing dan lihat ada berapa Like. Contohlah ada 10,000 Like page, kemudian tengok pula data di bawah setiap posting. 10,000 orang ke yang nampak?

Biasanya tak sampai 2%. Rugi masa cari Like page banyak-banyak tapi tak sampai 2% pun yang nampak.

Buat orang nampak post anda dan beri value, barulah orang nak Like dengan sukarela dan seronok berada di page kita.

Agak-agak, ada ke orang nak Like kalau page asyik menjual je 24 jam?


5 SEBAB KENAPA PROSPEK TIDAK MEMBELI PRODUK YANG ANDA TAWARKAN.Hari ni kami nak kongsikan tips yang diajar oleh Victor…

Posted by Crew Viral on Thursday, 18 October 2018
5 SEBAB KENAPA PROSPEK TIDAK MEMBELI PRODUK YANG ANDA TAWARKAN.

“Kenapa orang tengok post iklan saya tapi tak beli?”

Masa mula-mula kita nampak pasangan kita dulu, memang terus ajak kahwin ke cemana? Begitulah ibaratnya.

Mestilah nak senyum dulu, say Hai dulu, tanya nama, mintak no telefon, follow IG, add kat FB, chit chat dekat Whatsapp sampai tengah malam, bergayut sampai panas gegendang telinga, belanja makan, belanja tengok wayang, balik kampung jumpa bakal keluarga mertua. Eh, banyak lagilah.

Ia ada proses. Proses kenal dan beli jiwa. Proses ini yang ramai orang tidak sabar dan harapkan hasil yang cepat.

Ramai orang buat bisnes dekat FB macam robot. Dengan harapan bila sekali orang tengok post iklan, orang terus beli. Belajar ‘manusiakan’ bisnes di FB.

Ok, tanya pada diri sendiri.

“Aku kalau nampak post iklan dekat FB, aku terus mintak no akaun tak?”

Kalau barang tu tiada keperluan, kita pun scroll lelaju. Kalau menarik, kita stop kejap baca. Lepas tu scroll lagi. Kalau ada rasa minat nak tahu, komen PM je. Kalau page tu best, baru kita Like.

Lepas tu lupa komen kat post mana. Seller tu balas pun kita tak perasan. Apatah lagi kalau seller punya mesej masuk dekat ‘other’ inbox. Lagilah, lepas tu krik krik. Maka, kita pun berhuhu.

Sebab kita ni manusia. Setiap orang ada minat, emosi, masalah, pendapat, cara hidup dan keperluan yang berbeza-beza.

Langkah pertama adalah buat orang nampak post iklan kita dahulu. Buat orang nampak ni maksudnya buat post iklan kita naik dekat newsfeed FB orang lain.

Macam friendlist kita la. Friend sampai 5000, tapi adakah kita nampak semua posting mereka lalu dekat newsfeed kita? Tak, kannn.

Sesetengah pendapat mengatakan, orang perlu lihat post iklan kita sekurang-kurangnya 36 kali baru membuatkan mereka nak ambil tahu. Tu baru nak ambil tahu tau. Belum beli lagi.

Biasanya yang CV jumpa, eh baru sekali orang nampak post iklan dah nak orang beli berduyun-duyun. Orang kenal kita pun tidak. Percaya apatah lagi.

Buat orang nampak produk/jenama kita berkali-kali. Bila dia scroll je, nampak post kita. Esok dia scroll lagi nampak post kita. Minggu depan dia scroll newsfeed, nampak lagi post kita. Bulan depan dia scroll, nampak lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

Dari situlah, kita mempengaruhi ‘subconcious mind’ prospek. Sebab tu CV tak buat servis seminggu sebab dah tau dah. Sebab dah tau harapan setinggi gunung Everest, buat marketing seminggu lepas tu nak harap duit kaching kaching masuk akaun. Hihi.

Sebenarnya, ada jenis-jenis produk tertentu yang bila kita post je berdesup-desup orang komen PM. Ini pengalaman kami sendiri melihat ‘results’ pelanggan-pelanggan yang guna servis.

Ada produk, post iklan dia post la kat mana sekali pun, memang ramai orang komen. Ada produk, susah giler nak go. Persoalannya di sini adalah, adakah anda pilih produk yang ‘betul’?

Ini topik yang menarik. Nak tahu? Nantilah bebila CV kongsi.

Sebagai tambahan, baca 5 sebab kenapa prospek tidak membeli di post ini. Dah baca, bagilah seketui. Hehe.


Post iklan baju baby ni kena sekat dalam FB Group.

Bukan admin group yang sekat tetapi Facebook. Di mana silapnya post ini?

Siapa berada dalam group FB KuasaiTeknik Viral Post Iklan mesti tahu jawapannya. Itupun kalau baca dan masih ingat lagi. Hehe.

1. Cari apa yang silap
2. Apa solusi

Takkan asyik nak buat kesilapan sama bila post iklan. Rugi masa, rugi tenaga, rugi data. Ingatkan bila post beribu kali post iklan dalam group, dengan harapan orang akan nampak dan belilah.

Rupa-rupanya….

#PS Ada banyak contoh post iklan kena sekat pelbagai niche tapi cukuplah 3 contoh untuk hari ini.


Ada yang jual produk kurus ke dalam ni?

Ini contoh post iklan produk kurus yang kena ‘Flagged’ dalam FB Group. Guna platform percuma pun kena ‘Flagged’ tau.

Sebab tu kami pernah beri peluang ‘post mortem’ iklan anda. Siapa dah buat dan dah tahu apa yang silap, bolehlah diperbaiki.

Bab nak buat iklan kat FB pun tak hadam lagi, kepala asyik fikir pasal ‘sales’ jer. Dah acaner? Jauhhhhh lagi nun dihujung sana.

Ikut tertib.


Siapa jual penapis air? Ini contoh iklan yang Facebook padam. Sebab tu perlu tahu bagaimana nak menjual di platform percuma.

Percuma bukan maksudnya buat post iklan asal main redah, post iklan 24 jam. Bukan.

Ya, Facebook platform percuma tetapi ada tuan. Ikut peraturan tuan rumah (FB). Ada banyak lagi contoh iklan yang Facebook tak suka.

Mungkin itu sebabnya post iklan anda tiada orang respon? Rupanya post iklan kena padam. Huhu.


Ini ‘results’ salah seorang peserta yang sertai kelas esklusif CV minggu lepas. Post ini belum pun sampai 24 jam.

Belajar secara online dan ‘one to one’ di Whatsapp. Lebih privacy dan mudah, ikut kelapangan masa sendiri.

1. Belajar dulu di mana lubuk prospek yang sebenar.

2. Buat prospek nampak post iklan tersebut.

3. Pantau dan perbaiki post iklan dari masa ke semasa supaya lebih ramai orang respon.

Oh ya, bagaimana dengan post iklan anda? Ramai orang nampak?


h

Di mana lubuk prospek yang terbesar di Facebook?

CV dah kongsikan di post ini.


Ini salah satu ‘results’ post iklan ejen yang jual produk Dianz.

Bayangkan anda ada 100 orang ejen yang boleh buat post iklan begini setiap minggu? Tak payah banyak sangat la, kita ambil 10 ejen je.

Katalah setiap ejen dapat buat jualan RM1250 setiap minggu. Jumlah keseluruhan jualan anda:

Seminggu: Total sales RM12,500
Sebulan: Total sales RM50,000

Pantau post iklan ejen anda setiap minggu, lihat progress, berapa ramai yang nampak, berapa ramai yang respon. Dari situ anda boleh buat ‘post mortem’ iklan sama ada yang anda bagi mereka ‘copy paste’ atau mereka buat sendiri.

CV bangga dengan ejen/dropship yang ambil inisiatif sendiri join kelas online yang CV buat.

Bukan apa, bila tanya founder/leader ada ajar tak cara nak dapat trafik percuma macam ni? Kebanyakan jawap takde. Aduhai, takpelah. Belajar dan usaha sendiri.

Siapa yang join kelas online eksklusif secara personal di Whatsapp bulan Disember, siap dapat seminggu free viral.

Itulah yang dinamakan beri tambah nilai. Bukan setakat belajar cara nak dapatkan trafik percuma tapi boleh ‘feel’ sendiri apa rasanya bila post iklan berpuluh ribu orang nampak.


Kenapa ejen tak aktif?

Ejen ni akan aktif bila dia tahu produk kita ni boleh buat duit. Bila tak boleh, mulalah senyap-senyap dia jual produk lain.

Tak boleh nak salahkan ejen sebab mereka ni memang tujuan utama nak cari duit. Di mana lubuk duit disitulah mereka pergi.

Jadi, apa yang founder/stokis/leader yang ada ejen/dropship ni perlu lakukan?

Tanya satu soalan je dengan mereka.

“Berapa ramai yang nampak post iklan awak hari ni?”

Apa jawapan yang mereka berikan. Setiap hari pantau dan tanya soalan yang sama. Dari situ boleh tengok perfomance iklan setiap ejen/dropship.

Anda sebagai founder/stokis/leader nak ke ejen/dropship jual produk kalian di tempat sunyi sepi takde orang lalu lalang, lepas tu harap dapat sales?

Kalau ejen/dropship tak tahu berapa ramai yang nampak post iklan, maknanya anda sendiri sebagai founder/stokis/leader yang ada masalah sebenarnya.

Nak menjual kenalah bagi orang nampak. So, berapa ramai yang nampak? Kalau orang tak nampak post iklan yang ejen/dropship promo, macam mana orang nak kenal produk anda?

Biasanya ejen/dropship ni mereka guna platform percuma seperti FB profil, page atau group.

So, anda kena tahu:-

1. Di mana lubuk prospek yang terbesar di Facebook

2. Dah tahu lubuk, kena tahu bagaimana nak buat prospek nampak post iklan dan kewujudan.

3. Pantau post iklan seberapa ramai yang nampak post iklan.

Inilah cara nak pantau ejen/dropship.


Bayangkan lebih 1 juta orang nampak post iklan, apa agaknya perasaan anda?

Followers di FB personal dah ada 1 juta orang?
Likers page dah ada 1 juta orang?

Sebenarnya tak perlu pun ada followers atau likers page yang banyak. Pertama, perlu tahu di mana lubuk prospek di FB. Kedua, susun strategi untuk buat prospek tersebut nampak.

Page ini tidak guna pengaruh FB personal.
Page ini tidak guna pengiklanan berbayar.
Page ini tidak ada Likers berpuluh ribu pun.

Tidak perlu.

Tertib asas menjual di Facebook.

1. Buat orang nampak post anda
2. Buat orang baca post anda
3. Buat orang respon post anda

Baiklah, di langkah pertama iaitu buat orang nampak post anda, berapa ramai yang nampak?

Nak tahu cara dapat trafik percuma di lubuk prospek terbesar di FB, terus tekan link Whatsapp ini:- http://bit.ly/2IXR3lv

Berikan info di bawah:-

TAJUK: VIRAL REVOLUTION 2019
1. Nama:
2. Produk yang dijual:
3. Posisi: Founder/Stokis/Ejen/Dropship
4. 1 link post iklan:


LUBUK PROSPEK DI FACEBOOK

Bila kita nak menjual, mesti menjual kepada ‘manusia’. Betul? Paling asas, kita nak cari tempat yang ada ramai ‘manusia’ berkumpul.

Jika anda pilih platform FB untuk menjual, di mana tempat paling ramai manusia berada di FB?

Di mana?

Kalau tak tahu jawapannya, maknanya anda sendiri tak tahu kenapa anda pilih berniaga di FB. Bila anda tidak tahu di mana tempat paling ramai manusia di FB, bagaimana anda menjual selama ini?

Adakah secara rambang?
Adakah asal promo, kalau ada, ada. Kalau takde, esok promo lagi dan lagi.


Bagaimana nak tarik prospek dalam Facebook Group?

Bila buat ‘post mortem’ iklan, masih ramai yang guna FB profile. Guna FB profile dah tentu salah jika buat post menjual.

Jadi, ini langkah pertama yang anda perlu lakukan. Klik di gambar ini. Jika tak dapat buka, maklumkan kepada CV.


Teknik mudah ini sesuai untuk orang yang:-

1. FB baru buat semalam dan nak mula buat jualan hari ni. Tak perlu nak kumpul friends sampai 5000 orang.

2. Mereka yang dah bertahun-tahun kumpul followers tak ramai-ramai jugak, jadi berhenti. Fokus terus buat jualan di lubuk prospek.

3. Founder/leader yang nak bantu ejen/dropship buat jualan dengan cepat.

4. Orang yang takde page tapi tak nak pening kepala cari Likers. So, tak perlu.

5. Mereka yang nak jimatkan kos pengiklanan berbayar, bolehlah guna teknik free marketing macam nih.

Buktinya, tengoklah gambar di atas. Tak perlu nak Likers atau followers berpuluh ribu pun. Like page pun tak sampai 100 atau 500 tapi post iklan mereka berjaya tembus ke berpuluh ribu newsfeed pengguna FB.

1. Buat orang nampak post iklan anda
2. Buat orang baca
3. Buat orang respon

Ketiga-tiga ini mempunyai fasa berbeza dan apa yang menyedihkan adalah ramai masih terkandas di fasa satu.

Sebab tu kita perlu ada data. Perlu tahu berapa ramai yang nampak post iklan kita. Dari situ kita boleh perbaiki konten dari segi emosi, tawaran, visual dan sebagainya. Barulah mudah buat jualan.

Yang nak belajar secara personal dengan CV secara online, boleh join kelas hari Isnin ini. Dapatkan maklumat lanjut dengan berikan info di bawah, kemudian hantar ke link Whatsapp CV di sini:

Tajuk: VIRAL REVOLUTION 2019
Nama:
Produk yang dijual:
Posisi: Founder/stokis/ejen/dropship

Bonus, ada hadiah bernilai RM669 nak beri!


Apa kesan jika post iklan kita terlalu ‘menjual’ atau ada perkataan ciri-ciri menjual?

Sharelah berbelas ribu kali sekalipun post tersebut, FB tidak akan sebarkan. Sebab itu, ramai yang salah anggap bahawa bila banyak Share lebih ramai orang nampak.

Sebenarnya, tidak.

Berapa ramai yang nampak post anda ditentukan beberapa faktor. Antaranya, copywriting yang tiada ciri-ciri menjual.


Elak guna perkataan-perkataan ini dalam post iklan anda.

1. Jual
2. Beli
3. Murah
4. Jimat
5. Promosi
6. Diskaun
7. Harga
8. Bayar
9. Duit
10. Modal


5 SEBAB KENAPA PROSPEK TIDAK MEMBELI PRODUK YANG ANDA TAWARKAN.Hari ni kami nak kongsikan tips yang diajar oleh Victor…

Posted by Crew Viral on Thursday, 18 October 2018

Kenapa agaknya prospek tidak beli produk anda? Klik di gambar.


Siapa sertai Challenge Disember baru-baru ini?

Sepatutnya CV emailkan ebook JadualPosting 1 Bulan Untuk Tarik Follower Berkualiti di Facebook pada 1 Januari nanti tapi CV dah emailkan kepada semua yang sertai, pagi tadi.

Saja suruh baca awal dan boleh buat perancangan untuk tahun 2019 yang akan menjelma tidak lama lagi.

Selamat membaca dan CV doakan agar memberi manfaat dan memudahkan urusan anda.

Jika tidak terima, maklumkan kepada CV ya.

Tahniah dan terima kasih.


Kenapa perlu tanya ejen/dropship, berapa ramai yang nampak post iklan mereka.

Biasanya ejen/dropship ni guna platform percuma seperti FB profile dan juga FB Group. Kurang modal nak guna pengiklanan berbayar. 24 jam sehari post iklan tapi tak tahu post iklan tu ada orang nampak ke tidak.

Disinilah peranan anda sebagai founder/leader ajar team sendiri bagaimana nak dapatkan trafik secara percuma.

Kat mana lubuk prospek.
Bagaimana nak dapatkan trafik percuma.

Lagi merugikan buat post iklan menjual, lepas tu Share ke FB Group. Lagi rugi kuasa dua bila ambil mana-mana servis viral tapi buat post iklan guna FB profile.

Silap tu. Bila kita buat post iklan, anda perlu ada data. Berapa banyak newsfeed FB yang post iklan anda berjaya tembusi. Kemudian, dari situ berapa ramai pula yang respon.

Cuba tengok post iklan masing-masing, berapa ramai yang nampak?


Siapa founder/stokis/leader yang ada ejen/dropship?

Semalam berbual dengan seorang founder. Katanya, ejen tu ramai tapi yang aktif adalah 2 orang je. Sales memang sendu.

Bila beliau tanya kepada ejen/dropship, apa masalah, kebanyakan jawap mereka selalu promo tetapi tiada orang nak beli.

Lepas tu CV tanya kepada founder tersebut. Pernah tak tanya ejen/dropship, berapa ramai orang yang nampak post iklan mereka.

Pernah tanya soalan tu pada ejen/droship?

Cuba masuk group dan tanya sekarang juga.

Hurm, apa agaknya jawapan mereka kan. CV pun nak tahu nih. CV harap tiada yang tanya, “Kat mana eh nak tengok?” Hihi.


Ada yang tanya, macam mana nak buat jualan kalau tak guna FB Ads?

Jawapan, guna Facebook Group je.

Contoh, gambar di atas. Tarik prospek di FB Group. FB Group adalah lubuk prospek paling ramai. Sebab tu kita tak guna FB Ads.

“Oh, kalau macam tu kena post iklan terus dalam FB Group ke?”

Oh tak. Adalah cara-caranya. Hihi.

Cuma ada 5 langkah mudah. Rujuk semula nota dan tips dalam group FB Kuasai Teknik Viral Post Iklan.


Sebelum ni CV banyak kongsi dalam FB group Kuasai Teknik Viral Post Iklan. CV sentiasa ‘follow up’ dengan yang masuk berbayar sama ada mereka faham atau tidak.

Pertama, sebab kami peduli. Kalau nak cari untung, masuk group lepas tu pepandai la faham sendiri.

Kedua, kami tahu teknik ini berkesan. Jika tidak, CV nak cari puncanya.

Bila kami buat survey, apa yang CV boleh simpulkan adalah tahap kefahaman setiap orang berbeza-beza. Ada orang sekali baca je dah faham. Ada orang baca banyak kali pun tak faham. Ada jenis cepat, ada jenis lambat sikit.

Jadi, salah satu usaha yang kami ambil adalah tutup kemasukan ke FB group. Anda tidak perlu lagi buat bayaran untuk masuk ke group.

Apa yang kami lakukan?

CV buat kelas secara personal di Whatsapp. Boleh masuk group FB Kuasai Teknik Viral Post Iklan secara percuma.

Kelas personal maksudnya, boleh belajar terus secara online ikut kelapangan masa sendiri dan spesifik kepada produk yang dijual. Siap dapat strategi lagi.

Contoh seperti dalam gambar di atas.

Beberapa hari lepas, mereka dah belajar beberapa perkara dan hari ini mengenai KENAL PELANGGAN. Sangat penting untuk kenal ‘siapa’ pelanggan kita yang sebenar.

Bila dah kenal, lebih mudah nak buat post iklan yang beremosi dan berkesan. Begitulah.

Siapa sudah masuk FB group KuasaiTeknik Viral Post Iklan secara berbayar sebelum ni? Sila hubungi CV di talian whatsapp ini (http://bit.ly/2IXR3lv) untuk dapatkan tawaran istimewa kelas Viral Revolution 2019.

Berikan info di bawah:

Tajuk: VIRAL REVOLUTION 2019
Nama:
Resit sertai group KTVPI:


https://www.facebook.com/CVcrewviral/photos/gm.331588487403914/2161896544077634/?type=3

Tangan kejung, otak beku, idea menulis tak kunjung tiba?

Nah, baca posting ni dalam group FB Kuasai Teknik Viral Post Iklan. Mesti anda boleh buat 1 post iklan dengan mudah.

CV percaya mesti anda akan cakap, “Aduh, kenapalah sebelum ni tak tahu. Rupanya senang sangat nak buat copywriting untuk iklan.

Haha.


CV suka orang berkongsi ‘win’ sebab CV tahu beliau sedang berusaha dan perbaiki untuk dapat ‘results’ yang lebih baik.

Macam sahabat kita ni lah.

Dia buat, buat dan buat. Ikut je apa yang beliau faham dan belajar dalam group FB Kuasai Teknik Viral Post Iklan.

Kalau konten tu bagus dan FB suka, tak perlu jumlah Share yang banyak pun untuk buat post kita naik di newsfeed orang lain.

Contoh, post beliau berjaya naik di lebih 30,000 pengguna FB. Bila ramai yang nampak, barulah ada yang respon.

Macam beliau, bab trafik memang dah faham. Peringkat seterusnya adalah bagaimana nak buat konten yang lebih bagus supaya ramai yang baca dan respon. Konten perlu dieksperimentasi. Kepada siapa kita nak tuju dan apa tawaran yang nak diberikan.

Post iklan anda pula berapa ramai yang nampak?


Page ni cuma 18 Like tapi post iklan beliau telah dilihat lebih 50,000 orang dalam tempoh kurang 3 hari.

Jadi, kenapa nak kejar Like page dulu? Terus je promosi iklan dan buat orang nampak. Walaupun page 18 Like tapi ramai yang respon dan terus PM page bertanya mengenai produk.

Bila dah buat page nak promo dekat mana?

Jawapan: Facebook Group

Kan FB Group ada lebih ramai manusia berbanding page sendiri yang baru 18 Like. Hihi.

Kita nak buat jualan dengan cepat.
Nak buat orang follow nak kumpul follower berpuluh ribu ambil masa.
Nak buat orang Like page kita pun bukan mudah.

Terus fokus pada promosi produk anda. Sebab itu nama group CV Kuasai Teknik Viral Post Iklan.

Siapa yang nak CV ajar secara personal di Whatsapp minggu ini, masih sempat sertai. Siapa daftar esok, akan join kelas minggu hadapan.

Nak maklumat kelas, boleh berikan info di bawah.

Tajuk: VIRAL REVOLUTION
Nama:
Produk yang dijual:
Posisi: Founder/stokis/ejen/dropship
Berikan 1 link post iklan:
Kemudian, hantarkan ke link Whatsapp CV di sini:- http://bit.ly/2IXR3lv

Terima kasih.


NAK MENJUAL TAPI TAK TAHU APA NAK TULIS DALAM COPYWRITING?


OTAK LELAKI DAN PEREMPUAN MEMANG TAK SAMA !

OTAK LELAKI DAN PEREMPUAN MEMANG TAK SAMA !


 
 
APA YANG PERLU ANDA BUAT BILA PAGE ANDA SUDAH BERBUNYI KRIK KRIK KRIK ?

APA YANG PERLU ANDA BUAT BILA PAGE ANDA SUDAH BERBUNYI KRIK KRIK KRIK ?


KENAPA DAH TAK BOLEH NAK “SEE FIRST” LAGI?

KENAPA DAH TAK BOLEH NAK “SEE FIRST” LAGI?


Bagaimana nak dapatkan LINK PAGE di Fesbuk ?

Bagaimana nak dapatkan LINK PAGE di Fesbuk ?


POST ANDA BAKAL DISOROKKAN JIKA BUAT 5 PERKARA INI

POST ANDA BAKAL DISOROKKAN JIKA BUAT 5 PERKARA INI